Friday, January 1, 2010
Nazar Abah
1 Bulan 0S E B E L U M
S E L E P A S
Mirza - Sebulan
1 Bulan 0Alhamdulillah, anak mama dah sebulan. Leganya mama bila tengok muka Mirza dah tak kuning macam dulu. Syukur alhamdulillah. 27 November - Hari Raya Qurban pertama Mira raikan bersama Abah, Mama, Kakak Zara dan Mak Tok sekeluarga di Kedah. Walaupun sambutan kali ni agak sederhana, tanpa ada baju melayu.. yelah, mana nak sempat beli lagipun anak mama kecik lagi. Tunggu raya tahun depan, pasti sedondon dengan Abah. Mirza tetap mama pakaian dengan persalinan baru serba biru jalur. Jadilah. Tu je yang sempat mama dan abah belikan dalam pantang macam ni..
Wednesday, November 18, 2009
Satu Ujian. Ep 1
0Hai, kembali untuk mengisi cerita terbaru. Taklah baru sangat tapi dek kerana masa yang ada tidaklah sebesar mana untuk diluangkan bagi mengisi entri terbaru, tapi adalah yang nak dikongsi. Mirza lahir dengan mudah. Alhamdulillah.. namun kali ini kami sedikit diuji bila hari ke3 kelahiran, Mirza disahkan kena Jaundis atau demam kuning, istilah biasanya. Bacaan pertama SBV pada 30 Oktober 293. Mirza kena masuk NICU, Putrajaya. Menghampiri 300 dalam usia begitu sangat tinggi dan dibimbangi mampu memberikan impak negatif pada otak. Semalaman Mirza di wad, runsing tak keruan mama dibuatnya.. Macam manalah anak mama.. Lagi >>>
Saturday, November 14, 2009
Lahirlah 'My Little Two'
1 Bulan 0Assalamualaikum.. lamanya tak masukkan entri baru dalam blog ni. Bukan tak singgah.. boleh kata hari2 singgah cumanya tak berkesempatan nak menaip stori je. Kali ni Julia nak berkongsi stori saat2 kelahiran anakanda kedua kami. Terima kasih untuk anda yang setia menanti, mendoakan agar segalanya dipermudahkan dan lahirlah Muhammad Eddryshah Mirza bin Muhammad Shahzil. Lagi >>>
Subscribe to:
Posts (Atom)














