Sunday, October 10, 2010

Adik yang aktif

0

Lamanya Mama tak coretkan sesuatu dalam blog adik. Sibuknya Mama ye. Maklum sajalah, bertambah tanggungjawab dan tugasan sebagai Penerbit Penyelaras KL Aktif dan lain2 lagi.

11 Oktober hari ini. Beberapa hari saja lagi adik bakal berusia 1 tahun. Dah besar anak Mama dan Abah. Adik dah pandai apa?

Adik dah pandai merajuk kena tinggal. Asal dah sampai rumah babysitter adik 'melekat' kat Mama. Tak nak ngan Ibu Ita. Abah pula pujuk. Sama juga. Melekat. Kenalah cari idea setiap hari biar adik tak menangis. Mama dan Abah nak pergi kerja. Nasib kakak pandai pujuk adik. Kalau keluar rumah, nampak Mama dan Abah dah siap.. mesti menangis nak ikut. Pandai ye anak mama..

Adik dah tumbuh 6 batang gigi. Dah demam-demam adik sebab tumbuh gigi. Tambah dengan selesema dan batuk lagi. Kesian adik. Gigi bawah tumbuh elok kat tengah-tengah. Tang gigi atas, belah tepi depan dulu tumbuh. Kelakar bila senyum. Macam Tok Dalang upin Ipin. Hahaha.. Tapi senyuman adik tetap manis.

Adik dah pandai jalan. Laju dah adik jalan. Penat mama dan abah mengejar. Aktifnya bukan main. Demam ke tidak sama jek.. Aktifnya anak mama.. ;)

Adik suka main kereta. Pandai pulak explore kereta tu boleh tarik dan lepas.. adik kejar.. ;) Banyak dah koleksi kereta adik abah dan mama belikan. Adik dan kakak dah ada taman sendiri kat bilik..

Nanti mama tambahkan gambar2 adik yang banyak tu yea..

Friday, August 27, 2010

Upin & Ipin - Upin, Ipin dan Apin (Bahagian 1)

0

Adik Belajar Berjalan

0

25 Ogos 2010 - Banyak perubahan adik sepanjang bulan Ogos ni. Adik dah belajar berjalan!! 2..3 langkah.. oppp.. Pok amai2 jangan cakaplah. Adik paling suka kipas. Pantang nampak kipas. Kalau menangis pun bila suruh cari kipas, terus diam dan jenuh cari kipas di siling rumah. ;)

Adik Tumbuh Gigi

0

15 Ogos 2010 - Adik dah tumbuh 2 batang gigi!!! Padanlah adik meragam tak lena tidur malam. Kesian adik. Tau2 dah tumbuh gigi. ;)

ADIK DAH PANDAI CAKAP

0

2 Ogos 2010 - Tarikh ini menjadi ingatan bila adik dah belajar cakap Abah.. Mama.. Hati ibu mana tak tersentuh bila sikecil sudah pandai bercakap. Bila sedih... Apa Bah... minta simpati. Bijak anak mama..

Cepatlah besar simanjaku sayang.. ;)

Monday, August 16, 2010

Adik Ke Floria Putrajaya 2010

0

Putrajaya - Gambar ni diambil ketika berlangsungnya Pesta Bunga dan Taman Putrajaya atau Floria 2009, masa mama mengandungkan Mirza 6 bulan. Dengan perut boyot, gagahkan juga pusing tapak pesta Floria dengan Abah dan Kakak.

Tapi kali ni, tahun 2010 Mama, Abah, Kakak dan Adik pusing Floria 2010. Panas cuaca tahun ni dan kurang sikit 'kemeriahan bunga' berbanding tahun lalu yang lebih gempak. Apapun, seronok sangat tahun ni sebab dapat naik beca dengan kakak dan adik. Bukan main seronok lagi anak-anak Mama dan Abah. :)









Adik Demam Panas...

0


Orang tua-tua kata anak-anak biasanya demam kalau nak pandai sesuatu. Kali ni adik demam bukan main panas sampai merah pipi. 4 hari jugalah adik demam. Risau mama dan abah. Sampai kurus adik demam.