Monday, August 16, 2010

Adik Demam Panas...

0


Orang tua-tua kata anak-anak biasanya demam kalau nak pandai sesuatu. Kali ni adik demam bukan main panas sampai merah pipi. 4 hari jugalah adik demam. Risau mama dan abah. Sampai kurus adik demam.




0

Picca ni diambil ketika Mirza mula-mula belajar duduk, pada 22 Mei 2010 Adik masuk 7 bulan. Tengok sajalah aksinya. Bukan main seronok lagi Adik dah pandai duduk.


Monday, April 12, 2010

Mirza dan Wonderpet

0

Sikecik Mirza ni kalau suruh pose memang nombor satu. Pantang nampak kamera, elok2 gelak terus pose. hehe. Yang menariknya, pose kali ni khusus untuk Cik Aei yang hadiahkan baju wonderpet untuk Mirza dan Kakak. Apa yang penting? Kerjasama .. Mama dan Abah pun layan sama..

Thursday, April 8, 2010

Adik Dah 5 Bulan..

0


sEkejap je Mirza dah 5 bulan. Alhamdulillah anak bujang Mama ni dah baik demam, dah sembuh juga kena cken pox. Adik dah pandai menangis mengamuk mintak susu dan dukung. Dah pandai sembang sekarang dan 4 bulan adik dah pandai meniarap. Tengah2 malam boleh pulak training meniarap :) Ini antara koleksi gambar terbaru Mirza..















Tuesday, February 9, 2010

Adik Dah Pandai Apa?

0

Lama rasanya tak update blog Eddry. Ada yang dah mula bertanya.. Adik dah pandai apa? Rasanya sekejap je Eddry dah masuk 4 bulan menjelang hujung bulan Februari ni. Dukung pun dah terasa. Alkamlumlah berat adik dah lebih 6 kilo. Alhamdulillah adik dah semakin sihat. Eddry suka sangat main buih kat mulut. Doklah mengelap. Ada yang cakap, masa anak2 dah pandai main buih ni, rambut mak mulalah gugur. Memang pun. Ada kebenaran juga..

Eddry dah pandai mencari arah suara yang memanggil namanya. Paling suka main mainan hadiah daripada Auntie Ita. Mulalah dengar suara si kecik tu menjerit. Bukan main kuat lagi. Tak padan dengan kecik. Suka juga senyum kalau diagah. Nampaklah lesungnya yang tak berapa nak dalam tu.. Ada yang bertanya, bila nak buat kenduri cukur jambul? Tulah dia.. masih planning dan mencari masa yang sesuai. Rambut Eddry pun dah nampak lebat walaupun tak selebat zara dulu. Rambut Eddry sangatlah halusnya. Banyak gambar2 baru Eddry, cuma belum ada masa nak upload lagi.. Tunggu yea.

Tuesday, January 19, 2010

0

Friday, January 1, 2010

Nazar Abah

0

S E B E L U M


S E L E P A S


Syukur alhamdulillah kini Mama dan Abah telah dikurniakan dengan sepasang cahayamata. Nur Zahra Qistina dan Muhammad Eddryshah Mirza. Selepas lahirnya Zara dan bila mengetahui Mama berbadan dua, abah bernazar sekiranya dapat anak lelaki, abah akan botakkan kepala. Sepanjang mengenali Abah, inilah kali pertama Mama tengok abah botak. Sesekali, ok juga. Hehe.. Alhamdulillah.. tertunai sudah nazar Abah.