Alhamdulillah, anak mama dah sebulan. Leganya mama bila tengok muka Mirza dah tak kuning macam dulu. Syukur alhamdulillah. 27 November - Hari Raya Qurban pertama Mira raikan bersama Abah, Mama, Kakak Zara dan Mak Tok sekeluarga di Kedah. Walaupun sambutan kali ni agak sederhana, tanpa ada baju melayu.. yelah, mana nak sempat beli lagipun anak mama kecik lagi. Tunggu raya tahun depan, pasti sedondon dengan Abah. Mirza tetap mama pakaian dengan persalinan baru serba biru jalur. Jadilah. Tu je yang sempat mama dan abah belikan dalam pantang macam ni..
Wednesday, November 18, 2009
Satu Ujian. Ep 1
0Hai, kembali untuk mengisi cerita terbaru. Taklah baru sangat tapi dek kerana masa yang ada tidaklah sebesar mana untuk diluangkan bagi mengisi entri terbaru, tapi adalah yang nak dikongsi. Mirza lahir dengan mudah. Alhamdulillah.. namun kali ini kami sedikit diuji bila hari ke3 kelahiran, Mirza disahkan kena Jaundis atau demam kuning, istilah biasanya. Bacaan pertama SBV pada 30 Oktober 293. Mirza kena masuk NICU, Putrajaya. Menghampiri 300 dalam usia begitu sangat tinggi dan dibimbangi mampu memberikan impak negatif pada otak. Semalaman Mirza di wad, runsing tak keruan mama dibuatnya.. Macam manalah anak mama.. Lagi >>>
Saturday, November 14, 2009
Lahirlah 'My Little Two'
1 Bulan 0Assalamualaikum.. lamanya tak masukkan entri baru dalam blog ni. Bukan tak singgah.. boleh kata hari2 singgah cumanya tak berkesempatan nak menaip stori je. Kali ni Julia nak berkongsi stori saat2 kelahiran anakanda kedua kami. Terima kasih untuk anda yang setia menanti, mendoakan agar segalanya dipermudahkan dan lahirlah Muhammad Eddryshah Mirza bin Muhammad Shahzil. Lagi >>>
Monday, August 17, 2009
SEKEJAP JE DAH 7 BULAN
0Pejam celik, pejam celik dah 7 bulan seminggu usia kandungan. Tak sampai seminggu lagi bakal menjelma Ramadhan. Syukur.. moga terus diberikan peluang untuk mama bernafas di muka bumi. Bukan apa, sana sini sibuk bercakap tentang H1N1. Setakat semalam dah 64 mangsa termasuklah baby. Dengan usia kandungan yang semakin besar ni, semakin besar jugalah tahap kerisauan mama. Kalaupun zara demam sedikit, mama dah risau inikan pula virus seperti itu. Kadang-kadang mama rasa sesak nafas juga. Tapi mama anggap mungkin kerana kandungan yang semakin besar.
Mama semakin penat sekarang. Kira-kira 2 bulan lebih je lagi anak mama akan dilahirkan. Seperti dulu, mama memang tak boleh duduk diam. Aktiviti2 anjuran radio mama masih lagi turut serta, inikan lagi berjalan ke sana-sini.
Persiapan? Ada juga yang mama belikan untuk anak mama ni, yelah zara dulu banyak baju dan kelengkapan warna merah jambu. Banyak lagi yang boleh guna. Cuma baju-baju baru ada juga mama belikan untuk anak mama.
Nama? Kalau dulu, abah dan mama mencari ilham nama untuk zara tak susah sangat. Nama zara mama suka sebelum mama mengandung lagi. Untuk anak mama kali ini, selepas doktor scan kata 'John Travolta', mama pun senaraikan beberapa nama. Bezanya kali ni, abah dah ada satu nama untuk anak mama.. Apa yang penting, kalau lelaki, alhamdulillah syukur mama dapat sepasang. Kalau tidak pun mama bersyukur dan berdoa agar dikurniakan cahayamata yang sihat dan sempurna.
Zara sekarang mama dan abah panggil Kakak. Mama dah biasakan zara panggil adik.. Pandai kakak cium perut mama dan tepuk2 panggil adik. Adik dengar tak? Kadang2 mama rasa ada gerakan setiap kali kakak panggil adik..
Menendang? Dari awal usia kandungan 3 bulan lagi mama dah rasa tendangan tu cuma tidaklah sekuat sekarang. Semakin aktif anak mama.. Cukup dulu coretan mama buat kali ni.. Anak mama jangan nakal2 dalam perut tu ya..

Subscribe to:
Posts (Atom)