Friday, August 27, 2010

Upin & Ipin - Upin, Ipin dan Apin (Bahagian 1)

0

Adik Belajar Berjalan

0

25 Ogos 2010 - Banyak perubahan adik sepanjang bulan Ogos ni. Adik dah belajar berjalan!! 2..3 langkah.. oppp.. Pok amai2 jangan cakaplah. Adik paling suka kipas. Pantang nampak kipas. Kalau menangis pun bila suruh cari kipas, terus diam dan jenuh cari kipas di siling rumah. ;)

Adik Tumbuh Gigi

0

15 Ogos 2010 - Adik dah tumbuh 2 batang gigi!!! Padanlah adik meragam tak lena tidur malam. Kesian adik. Tau2 dah tumbuh gigi. ;)

ADIK DAH PANDAI CAKAP

0

2 Ogos 2010 - Tarikh ini menjadi ingatan bila adik dah belajar cakap Abah.. Mama.. Hati ibu mana tak tersentuh bila sikecil sudah pandai bercakap. Bila sedih... Apa Bah... minta simpati. Bijak anak mama..

Cepatlah besar simanjaku sayang.. ;)

Monday, August 16, 2010

Adik Ke Floria Putrajaya 2010

0

Putrajaya - Gambar ni diambil ketika berlangsungnya Pesta Bunga dan Taman Putrajaya atau Floria 2009, masa mama mengandungkan Mirza 6 bulan. Dengan perut boyot, gagahkan juga pusing tapak pesta Floria dengan Abah dan Kakak.

Tapi kali ni, tahun 2010 Mama, Abah, Kakak dan Adik pusing Floria 2010. Panas cuaca tahun ni dan kurang sikit 'kemeriahan bunga' berbanding tahun lalu yang lebih gempak. Apapun, seronok sangat tahun ni sebab dapat naik beca dengan kakak dan adik. Bukan main seronok lagi anak-anak Mama dan Abah. :)









Adik Demam Panas...

0


Orang tua-tua kata anak-anak biasanya demam kalau nak pandai sesuatu. Kali ni adik demam bukan main panas sampai merah pipi. 4 hari jugalah adik demam. Risau mama dan abah. Sampai kurus adik demam.




0

Picca ni diambil ketika Mirza mula-mula belajar duduk, pada 22 Mei 2010 Adik masuk 7 bulan. Tengok sajalah aksinya. Bukan main seronok lagi Adik dah pandai duduk.