Monday, December 28, 2009

Kakak & Adik

0


23 Disember 2009

Mirza - Sebulan

0







Tak muatlah Abah.. songkok ni besaq

Alhamdulillah, anak mama dah sebulan. Leganya mama bila tengok muka Mirza dah tak kuning macam dulu. Syukur alhamdulillah. 27 November - Hari Raya Qurban pertama Mira raikan bersama Abah, Mama, Kakak Zara dan Mak Tok sekeluarga di Kedah. Walaupun sambutan kali ni agak sederhana, tanpa ada baju melayu.. yelah, mana nak sempat beli lagipun anak mama kecik lagi. Tunggu raya tahun depan, pasti sedondon dengan Abah. Mirza tetap mama pakaian dengan persalinan baru serba biru jalur. Jadilah. Tu je yang sempat mama dan abah belikan dalam pantang macam ni..


Saturday, December 26, 2009

Kisah saya..

0

Wednesday, November 18, 2009

Satu Ujian. Ep 1

0



Hai, kembali untuk mengisi cerita terbaru. Taklah baru sangat tapi dek kerana masa yang ada tidaklah sebesar mana untuk diluangkan bagi mengisi entri terbaru, tapi adalah yang nak dikongsi. Mirza lahir dengan mudah. Alhamdulillah.. namun kali ini kami sedikit diuji bila hari ke3 kelahiran, Mirza disahkan kena Jaundis atau demam kuning, istilah biasanya. Bacaan pertama SBV pada 30 Oktober 293. Mirza kena masuk NICU, Putrajaya. Menghampiri 300 dalam usia begitu sangat tinggi dan dibimbangi mampu memberikan impak negatif pada otak. Semalaman Mirza di wad, runsing tak keruan mama dibuatnya.. Macam manalah anak mama.. Lagi >>>

Saturday, November 14, 2009

Lahirlah 'My Little Two'

0





















Assalamualaikum.. lamanya tak masukkan entri baru dalam blog ni. Bukan tak singgah.. boleh kata hari2 singgah cumanya tak berkesempatan nak menaip stori je. Kali ni Julia nak berkongsi stori saat2 kelahiran anakanda kedua kami. Terima kasih untuk anda yang setia menanti, mendoakan agar segalanya dipermudahkan dan lahirlah Muhammad Eddryshah Mirza bin Muhammad Shahzil. Lagi >>>

Tuesday, October 6, 2009

Mama - 8 Bulan setengah

0


ONDE- ONDE DAN KUIH CINCIN

0


Ini antara kuih yang mama suka sangat makan. Onde2, sejak Ramadan mama suka sangat makan onde2. Nasiblah ada jual di bazar ramadan Taman Ria. Kuih cincin, mama dapat juga makan masa majlis raya peringkat radio. Nyum nyum..

Monday, August 17, 2009

SEKEJAP JE DAH 7 BULAN

0

Pejam celik, pejam celik dah 7 bulan seminggu usia kandungan. Tak sampai seminggu lagi bakal menjelma Ramadhan. Syukur.. moga terus diberikan peluang untuk mama bernafas di muka bumi. Bukan apa, sana sini sibuk bercakap tentang H1N1. Setakat semalam dah 64 mangsa termasuklah baby. Dengan usia kandungan yang semakin besar ni, semakin besar jugalah tahap kerisauan mama. Kalaupun zara demam sedikit, mama dah risau inikan pula virus seperti itu. Kadang-kadang mama rasa sesak nafas juga. Tapi mama anggap mungkin kerana kandungan yang semakin besar.

Mama semakin penat sekarang. Kira-kira 2 bulan lebih je lagi anak mama akan dilahirkan. Seperti dulu, mama memang tak boleh duduk diam. Aktiviti2 anjuran radio mama masih lagi turut serta, inikan lagi berjalan ke sana-sini.

Persiapan? Ada juga yang mama belikan untuk anak mama ni, yelah zara dulu banyak baju dan kelengkapan warna merah jambu. Banyak lagi yang boleh guna. Cuma baju-baju baru ada juga mama belikan untuk anak mama.

Nama? Kalau dulu, abah dan mama mencari ilham nama untuk zara tak susah sangat. Nama zara mama suka sebelum mama mengandung lagi. Untuk anak mama kali ini, selepas doktor scan kata 'John Travolta', mama pun senaraikan beberapa nama. Bezanya kali ni, abah dah ada satu nama untuk anak mama.. Apa yang penting, kalau lelaki, alhamdulillah syukur mama dapat sepasang. Kalau tidak pun mama bersyukur dan berdoa agar dikurniakan cahayamata yang sihat dan sempurna.

Zara sekarang mama dan abah panggil Kakak. Mama dah biasakan zara panggil adik.. Pandai kakak cium perut mama dan tepuk2 panggil adik. Adik dengar tak? Kadang2 mama rasa ada gerakan setiap kali kakak panggil adik..

Menendang? Dari awal usia kandungan 3 bulan lagi mama dah rasa tendangan tu cuma tidaklah sekuat sekarang. Semakin aktif anak mama.. Cukup dulu coretan mama buat kali ni.. Anak mama jangan nakal2 dalam perut tu ya..

Friday, June 5, 2009

MAMA DAN ABAH DAPAT BABY BOY?

0


1 JUN 2009 (Isnin), BANDAR MAHKOTA CHERAS - Sepatutnya kena buat check-up pada 28 Mei 2009 (Khamis). Tapi mama sampai dari Trolak dah dekat 6.00 petang, terus ambil Zara dan balik. Abah tak balik lagi dari Perlis, ada mesyuarat untuk Suara Siswa. Nampaknya tak bolehlah pergi. Abah sampai rumah dekat pukul 12 tengah malam..

Akhirnya mama, abah dan Zara buat check-up di Klinik Annur, sekali untuk check Zara yang batuk teruk selepas balik berendam dati Tiara Beach resort..

Kata doktor Aziah, berat Mama dah bertambah. Kalau sebelum ni checkup di Putrajaya nurse kata berat mama turun sekilo. Kali dah bertambah kepada 69.5kg. Mama pun bukannya banyak makan macam dulu. Makan kalau lapar je, itu pu tak banyak.

Masa untuk check baby!!! Baby mama dah besar.. Nampak lebih jelas. Doktor cuba check kalau-kalau boleh nampak jantina. Memang rezeki mama dan abah.. Dah nampak. Dan lebih menyeronokkan doktor kata bird!! Alhamdulillah.. Seronok sangat mama dan abah dapat berita tu.. dapat sepasang bolehlah rehat dulu.. :)

Doktor check zara pula, katanya zara kena minor asma sebab rendam lama.. Doktor bagi ubat batuk biru dan pink, juga ubat selesema.. Sian anak mama..

KISAH 5 JAM YANG SYAHDU

0



PUTRAJAYA ( 14 Mei 2009 ) - Dengar tajuk pun dah tertanya-tanya kan.. Temujanji denan doktor 9.00 pagi. Sampai sana terus kena pegi buat ujian air kencing dulu. Tapinya bila dah semua tertumpu ke makmal tu termasuklah mereka yang nak buat ujian HIV dan sebagainya, sejam setengah baru dapat giliran. Kesian juga tengok ibu-ibu mengandung lain yang terpaksa berdiri kerana seperti biasalah, ramai yang tidak prihatin kerana mereka tak pernah merasa berdiri lama ketika mengandung.. Ada yang buat-buat tak nampak pun ye. Ju pernah rasa dulu. Mereka yang sihat walafiat ni bukan saja nak bangun dan pelawa duduk, bahkan siap buat-buat tak 'terperasan' pula. Macam nak menangis rasanya berdiri lama.. Huhu..

Lepas ujian air kencing, lega sungguh rasanya. Yelah, yang datang lambat dah siap, kita yang dah lama tumbuh cendawan nombor tak naik nama lagi.. Terus kena pergi jumpa jururawat untuk pemeriksaan. Dek kerana Unsure of date, kenalah tunggu lagi untuk jumpa Doktor sebenar. Zara dah tertidur dalam kereta.. Waktu tu dah masuk jam 2.00 petang. Ruang menunggu dah sunyi, tinggal lagi ibu-ibu mengandung yang menunggu giliran untuk scan. Memanglah lambat. Rupa-rupanya ada satu je mesin scan perut. Akhirnya dapat juga giliran. Tak sabar nak tengok baby. Tarikh sama, 2 November. Baby siap melompat-lompat aktif lagi dalam perut. Doktot kata ruang dah luas, tu yang baby boleh pusing sana sini.. Alhamdulillah dah selamat. Cumanya bila fikir nak menempuh lagi 5 jam... Uisshhh..

Thursday, April 16, 2009

BUKU MERAH UNTUK MY LITTLE TWO

1


16 APRIL (Selasa), Putrajaya - Harini mama dan abah ke Pusat Kesihatan Putrajaya di Presint 8, Putrajaya. Sebelum ni memang dah check up di Poliklinik An-Annur, Bandar Mahkota Cheras termasuklah check - up penuh untuk zara ketika dalam kandungan sampailah 8 bulan sebelum beralih ke PPUM dan lahir di sana. Kali ini jika diizinkan Allah, mama nak bersalin di Hospital Serdang. Ramai kawan-kawan kata fasiliti dan environment sana sangat kondusif.. yang penting pink!! Mama dah call Hospital Serdang tapi katanya mereka hanya menerima kes yang bermasalah untuk check-up.. kalau tak ada masalah datang untuk bersalin sahaja.

Jadi, mama dan abah pun buat pendaftaran buku merah di Pusat Kesihatan Putrajaya tu. Pening juga sebab pertama kali datang untuk rawatan ibu mengandung.. Kena buat ujian air kencing, ambil darah dan pemeriksaan gigi sebelum ke triage dan kemudiaan jumpa doktor untuk scan. Tapi paling menarik masa nak scan nampak anak mama dalam perut melompat. Ishhh.. aktifnya.. Seronok mama tengok. Masa scan zara, malu2.. Doktor kata baby dah masuk 12 minggu dan due date baru EDD 2 November 2009, awal 5 hari dari tarikh sebelum ni. Macam zara dulu, date mula-mula 14 Februari, lepastu 27 danlahir 12 Februari.. Apapun, mama harap baby dalam perut sihat. Jumpa lagi next check up 14 Mei 09..

Monday, April 13, 2009

MISI PASEMBOR DITERUSKAN

1

2 Bulan pertama merupakan tempoh yang agak berbeza berbanding pertama kali mengandung. Ada orang kata, lain anak lain pulak ragamnya dan itulah keistimewaan yang akan dirasai.. Itulah tempoh yang mama sangat lapar tapi tak lalu nak makan. Kalau waktu zara, pantang nampak makanan.. Kali ni, walau sangat lapar, sesuap nasi je mampu ditelan dan berlapar ketika tidur. Rasanya tak mau diterima dek tekak.. Rasa loya yang teramat sangat. Tapi muntahnya tak seberapa..

Masuk bulan yang ketiga baru selera makan tu ada walau tak banyak. Alhamdulillah. Cerita pasal pasembor pulak, ramailah kawan2 di facebook yang berikan idea kat mana pot pasembor yang best.. Cubalah ke Bangsar tapi bukan pasembor, rojak rupanya. Siap pakej ngan cendol lagik. Jual di van, area Petronas Jalan Maarof. Tapi walaupun bukan pasembor, hilanglah sikit walau tak banyak sebab kuah kacang dia sedap sesangat. Siap ada sotong tu.. MMmmm.. takpe, mama akan cari juga pasembor kat Penang bulan 5 nanti..

Thursday, April 9, 2009

ALAHAI PASEMBOR

0

Masa mengandungkan zara, mama teringin sangat nak makan pisang tanduk goreng. Mula2 ada la nampak makcik jual pisang goreng tepi jalan di Mahkota Cheras dulu. Alih2 bila nak beli, sampai sudah makcik tu tak meniaga lagi. Akhirnya dapat juga beli jauhnya nun di pantai Bagan Lalang, Sepang ketika berkursus induksi selama dua minggu. Dua minggu tu jugalah dok makan pisang tanduk goreng setiap hari..

Yang kedua ni pula, lain ragamnya. Rasa malas, cepat letih dan mual yang teramat sangat. Apa pulak mengidamnya? Mula2 nak makan spageti yang abah masak. Abah memang hebat buat spageti. Abah jugalh yang ajar mama buat spageti.. Lepas tu nak makan cempedak. Jenuhlah mencari cempedak yang bukan musimnya sekarang. Syukur, dapat juga dua minggu lepastu di Pasar Tani Putrajaya. Abah beli sebiji harganya mak ai dekat RM30! Tiga hari berturut-turutlah mama dok emnggoreng cempedak. Siap tapau bawak ke pejabat.

Baru-baru ni mama mengidam sangat nak makan pasembor. Teringat dengan pasembor sedap di bazar ramadhan kat Bangsar. Mana pegi mamak tu ye. Ramai kenalan dah suggest kat mana pot mana pasembor yang best cuma abah je yang belum sempat bawa mama dek kerana sibuk dengan tugas baru-baru ni.. Mama nak pasembor.. huhu..

1st CHECK UP

0





Thursday, April 2, 2009

MY LITTLE TWO NEWS

0



4 Mac lepas, mama cuba-cuba buat pregnancy test sendiri di rumah.. Waktu tu abah tak ada kerana bersiaran secara langsung dari Putrajaya. Keputusan yang mengejutkan.. Double line bermaksud mama dah pregnant!

Kalau ikutkan mama nak tunggu sampai malam untuk buat kejutan pada Abah tapi tak sabar mama nak beritahu. Abah memang terkejut dan terkedu tapi dengar suara Abah memang gembira. Mama terus beritahu Mak Tok sekali. Tapi keesokan hari, 5 Mac mama dan abah buat check up di Klinik Annur, Bandar Mahkota Cheras, sama dengan klinik check up untuk zara untuk buat double check.. Alhamdulillah sah, tapi mama kena datang balik untuk check up tiga minggu akan datang sebab scan masih tak dapat status berapa usia kandungan.. Alhamdulillah.. Zara akan dapat adik..